Penulisan kreatif sebagai penyumbang kepada membudayakan kretiviti pelajar bersandarkan teknologi di KUKTEM - satu pemangkin kepada pelaksanaan soft skills

Kemahiran komunikasi adalah merupakan salah satu elemen di dalam kemahiran Soft Skills bagi memastikan graduan berketrampilan tinggi. Pelajar yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dianggap cemerlang kerana dapat menyampaikan maklumat dengan lebih efektif. Berkomunikasi secara lisan (oral communicat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tahir, Ida Rizyani, Hashim, Haslinda
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2006
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/213/2/IdaRizyaniTahir2006_Penulisankreatifsebagaipenyumbangkepada.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/213/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran komunikasi adalah merupakan salah satu elemen di dalam kemahiran Soft Skills bagi memastikan graduan berketrampilan tinggi. Pelajar yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dianggap cemerlang kerana dapat menyampaikan maklumat dengan lebih efektif. Berkomunikasi secara lisan (oral communication) mahupun secara penulisan (written communication) merupakan antara elemen Soft Skills yang diutamakan di KUKTEM. Seringkali kita mendengar kritikan mengenai pelajar kejuruteraan yang tidak mampu melahirkan idea-idea bernas melalui penulisan kerana mereka lebih terdedah kepada kemahiran hands on. Menyahut cabaran kritikan tersebut, subjek ko kurikulum penulisan kreatif diwujudkan di KUKTEM dan ianya berperanan untuk membantu pelajar berkongsi idea dan memberikan ruang kepada pelajar untuk menjadikan minat mereka untuk menulis sebagai langkah kepada peluang keusahawanan di masa akan datang .Di sinilah pengurusan kreativiti berasaskan teknologi memainkan peranannya. Kertas ini akan membincangkan tentang penulisan kreatif sebagai penyumbang kepada kreativiti pelajar dengan lebih terperinci. Penulisan kreatif memberikan ruang kepada pelajar untuk meluahkan idea secara objektif dan dapat meningkatkan tahap motivasi pelajar di dalam pembentukan personaliti. Elemen-elemen seperti memotivasikan diri (self motivation), pembentukan diri (self development), keyakinan diri (self confidence) dan kepuasan diri (self satisfaction) dipercayai dapat menjadi faktor penyumbang ke arah pembentukan sahsiah pelajar untuk menangani pelbagai cabaran dunia masa kini. Peranan kemahiran menulis secara kreatif ini juga diharapkan akan membantu bakal graduan KUKTEM untuk menjadi lebih kritis kepada persekitaran apabila mereka memasuki alam pekerjaan kelak.