Pembinaan perisian multimedia pembelajaran berpandukan komputer bagi mata pelajaran kemahiran hidup tingkatan tiga bertajuk “sistem asas edaran enjin empat lejang”
Dalam bidang pendidikan, penggunaan bahan bantu mengajar merupakan perkara penting untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berunsur multimedia telah menjadi kaedah pembelajaran pada masa kini. Ekoran dari perkembangan teknologi maklumat yang pesat dalam b...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/19548/1/JTVEE-4-2011-006.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/19548/ http://proedujournal.com |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam bidang pendidikan, penggunaan bahan bantu mengajar merupakan perkara penting untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berunsur multimedia telah menjadi kaedah pembelajaran pada masa kini. Ekoran dari perkembangan teknologi maklumat yang pesat dalam bidang pendidikan, terdapat pelbagai perisian multimedia di pasaran dengan tujuan membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Walaubagaimanapun perisian multimedia yang berteraskan tempatan amatlah terhad seperti perisian Enjin bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan Tiga. Sehubungan dengan itu, pembinaan perisian Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Enjin bagi tajuk Edaran Empat Lejang akan menambahkan lagi perisian yang sedia ada. Perisian ini telah dibangunkan dengan gabungan beberapa perisian lain seperti Macromedia Authorware 7.0, Macromedia Flash Professional 8, Adobe Photoshop 7, Swish Max dan Sony Sound Forge 8. Perisian ini telah dipakej dalam sekeping cakera padat (CD) bagi memudahkan pengguna menerokai perisian ini. Perisian ini juga boleh beroperasi dengan capaian bebas iaitu pengguna bebas untuk memilih paparan yang dikehendaki dengan hanya satu klikan pada butang menu perisian sahaja. Semoga dengan perisian yang dibina ini dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada bidang pendidikan di negara kita. |
---|