Variables affecting the combustion efficiency of a clinical waste incineration process

Pembakaran merupakan satu kaedah pelupusan dianggap terbaik bagi pembuangan sisa klinikal terutamanya sisa buangan patologi. Operasi yang cekap bagi sesuatu pembakar itu penting bagi memastikan keberkesanan pemusnahan sisa buangan tersebut. Pembolehubah seperti kadar kemasukan sisa (sisa), kedua-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Baharun, Sabariah, Adnan, Robiah, Mohamad, Ismail, Arshad, Khairil Anuar, Ahmad, Tahir, Rashid, Mariyah, Zamri, I
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/1836/1/SabariahBaharun2005_VariablesAffectingTheCombustionEfficiency.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/1836/
http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/jurnal/artikel.cgi?id=42sirif2
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembakaran merupakan satu kaedah pelupusan dianggap terbaik bagi pembuangan sisa klinikal terutamanya sisa buangan patologi. Operasi yang cekap bagi sesuatu pembakar itu penting bagi memastikan keberkesanan pemusnahan sisa buangan tersebut. Pembolehubah seperti kadar kemasukan sisa (sisa), kedua-dua suhu pembakaran bagi kebuk pembakaran primer (PCC) dan kebuk pembakaran sekunder (SCC), bahan api dan udara bagi pembakaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi prestasi proses pembakaran. Kecekapan pembakaran iaitu salah satu petunjuk prestasi proses pembakaran yang ditentukan oleh kewujudan emisi karbon monoksida dan karbon dioksida selepas SCC perlulah sentiasa diawasi. Justeru itu, satu kajian meninjau hubungan di antara pembolehubah yang mempengaruhi kecekapan pembakaran seperti sisa, suhu dan bahan api telah dijalankan menggunakan analisis regresi yang ditentusahkan menggunakan ANOVA. Keputusan kajian menunjukkan bahawa sisa, suhu pembakaran bagi kebuk pembakaran primer dan kebuk pembakaran sekunder menyumbang kepada kecekapan pembakaran bagi proses ini. Korelasi di antara pembolehubah ini juga dikaji dan dibincangkan.