Tahap kecerdasan emosi dan hubungannya dengan komitmen guru dalam bekerja dalam kalangan guru mata pelajaran teras tahun enam

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dan hubungannya dengan komitmen guru dalam bekerja dalam kalangan guru tahun enam sekolah kebangsaan daerah Kulai mengikut faktor demografi (jantina, umur, taraf perkahwinan, tempoh perkhidmatan, taraf pendidikan dan mata pelajaran di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tahir, Yahzanon, Boon, Yusof
Format: Article
Language:English
Published: fakulti pendidikan 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/17063/1/
http://eprints.utm.my/id/eprint/17063/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dan hubungannya dengan komitmen guru dalam bekerja dalam kalangan guru tahun enam sekolah kebangsaan daerah Kulai mengikut faktor demografi (jantina, umur, taraf perkahwinan, tempoh perkhidmatan, taraf pendidikan dan mata pelajaran di ajar). Seramai 228 orang guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik dan sains telah dipilih secara rawak kelompok sebagai responden kajian. Penelitian dilakukan dengan menggunakan soal selidik yang dibina oleh penyelidik berasaskan Instrumen Kepintaran Emosi Malaysia (IKEM) yang diubahsuai dari Goleman (1999) dan instrumen komitmen bekerja berdasarkan Organisational Commitment Questionnaire oleh Mowday, Steers dan Porter (1979). Nilai kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan kaedah “Cronbach Alpha” adalah 0.948 bagi instrumen kecerdasan emosi dan 0.757 bagi instrumen komitmen bekerja. Hasil penelitian menunjukkan kecerdasan emosi guru berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.16 manakala bagi komitmen bekerja berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan 3.35. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang sangat lemah di antara tahap kecerdasan emosi dengan komitmen bekerja iaitu dengan nilai -0.117 pada aras signifikan 0.077