Hubungan antara tingkah laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara tingkah laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja. Tiga corak hubungan tingkah laku keibubapaan yang dikaji ialah sokongan, penglibatan dan sokongan. Subjek kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar yang dipilih secara ra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Ramli, Jamaluddin, Mei Lin, Wei
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/1518/2/AziziYahaya_Hubungan_Antara__Tingkah_laku_Keibubapaan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/1518/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara tingkah laku keibubapaan dengan penghargaan kendiri di kalangan remaja. Tiga corak hubungan tingkah laku keibubapaan yang dikaji ialah sokongan, penglibatan dan sokongan. Subjek kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari Sekolah Menengah Katholik di Petaling Jaya. Alatan kajian Coopersmith Self-Esteem Inventory digunakan sebagai alat pengukuran penghargaan kendiri. Alat Ujian yang digunakan untuk mengukur persepsi anak terhadap tingkah laku keibubapaan adalah direkabentuk oleh pengkaji sendiri. Data kajian dianalisis dengan teknik min, sisihan piawai, ujian T, anova, korelasi dan regresi. Secara keseluruhan hasil keputusan menunjukkan bahawa tingkah laku keibubapaan adalah berhubung dengan penghargaan kendiri remaja. Di antara tiga dimensi tingkah laku keibubapaan , didapati sokongan dan penglibatan ibu bapa adalah berhubung secara positif dengan penghargaan kendiri remaja, manakala corak jenis kawalan ibu bapa adalah hubungan negatif dengan penghargaan kendiri remaja. Jika dilihat dari segi jantina remaja, adalah didapati penghargaan kendiri remaja lelaki adalah lebih berhubung dengan dimensi kawalan dan penglibatan ibu bapa, sementara penghargaan kendiri remaja perempuan adalah lebih berhubung dengan sokongan dan kawalan ibu bapa. Implikasi utama kajian ini adalah mendedahkan bahawa tingkah laku keibubapaan adalah memainkan peranan penting dalam pembentukakan penghargaan kendiri remaja.