Tinjauan pasaran program ijazah sarjana muda sains serta pendidikan (Fizik) Anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Satu petunjuk kualiti sebuah program akademik ialah pasaran graduan program tersebut. Graduan yang memenuhi keperluan majikan akan mudah mendapat pekerjaan. Kajian ini bertujuan meninjau pasaran program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) (SPF) yang dikendalikan oleh Fakulti Pendidika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Paijo, Mohd. Samsol, Said, Hamdan
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/14924/1/Tinjauan_Pasaran_Program_Ijazah_Sarjana_Muda_Sains_Serta_Pendidikan-eprint7.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/14924/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu petunjuk kualiti sebuah program akademik ialah pasaran graduan program tersebut. Graduan yang memenuhi keperluan majikan akan mudah mendapat pekerjaan. Kajian ini bertujuan meninjau pasaran program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) (SPF) yang dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Majikan institusi pendidikan diminta membuat penilaian terhadap kurikulum program yang meliputi pengisian konsep teori, jangka masa pengajian, peluang kerjaya, penajaan, dan keperluan pasaran pekerjaan. Kajian diskritif ini menggunakan satu set soal selidik yang dikeluarkan oleh Malaysian Quality Assurance. Kajian melibatkan seramai 200 orang responden yang terdiri daripada pentadbir Sekolah Menengah, Kolej Komuniti, Pusat Matrikulasi dan Politeknik di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan hasil analisis dipaparkan dalam bentuk kekerapan, peratus, min, dan sisihan lazim. Dapatan kajian menunjukkan kategori pengisian konsep teori (min 1.1407, SL=0.209) berada pada tahap amat memuaskan, kategori peluang kerjaya (min 1.926, SL=0.4664) berada pada tahap memuaskan, dan kategori penajaan dan kesesuaian program (min 1.1133, SL=0.328) berada pada tahap amat memuaskan. Keseluruhannya pasaran program SPF di UTM berada pada tahap amat memuaskan.