Pembangunan politik dalam hubungan etnik

Perkembangan politik di Malaysia merupakan satu fenomena yang sangat menarik untuk dikaji dan dibincangkan. Perbincangan dalam bahagian ini memfokuskan tentang perkembangan kegiatan nasionalisme orang Melayu dan kegiatan politik bukan Melayu sama ada yang diiktiraf ataupun yang t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaini, Fadilah, Thukiman, Kassim
Format: Book Section
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/14762/1/FadilahZaini2009_PembangunanPolitikdalamHubunganEtnik.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/14762/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan politik di Malaysia merupakan satu fenomena yang sangat menarik untuk dikaji dan dibincangkan. Perbincangan dalam bahagian ini memfokuskan tentang perkembangan kegiatan nasionalisme orang Melayu dan kegiatan politik bukan Melayu sama ada yang diiktiraf ataupun yang tidak diiktiraf oleh pihak penjajah British dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Pada peringkat awal lagi, kedatangan British untuk menguasai dan menjajah negara ini telah dihalang oleh gerakan anti-penjajahan di setiap negeri. (Abdullah Zakaria Ghazali, 1982) Jelasnya, walaupun kedatangan British dengan pelbagai tipu muslihat, namun ia sedikitpun tidak menggoyahkan kekuatan politik untuk menentang mereka. Di sinilah muncul wira-wira dalam politik tanah air seperti Dato’ Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Salleh, Rentap, Rosli Dhoby, Dato’ Kelana dan Dato’ Abd. Rahman Andak. Sesungguhnya perjuangan tokoh-tokoh terdahulu menggambarkan bahawa kemerdekaan negara ini bukan diperolehi dengan jalan mudah, tetapi sebaliknya dengan berkorban nyawa, darah, keringat dan air mata. (Buyong Adil, 1980).