Pengukuran Profil Halaju Masa Nyata Bagi Tomografi Optik

Objektif artikel ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian menggunakan Visual Basic bagi tomografi optik, dimana perisian ini berupaya untuk mengesan dan mengukur pepejal kering yang melalui paip. Diameter luaran dan dalaman paip masing-masing adalah 60 mm dan 58 mm. Terdapat dua aras pengesan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rahim, Ruzairi, Khalid, Mohamed Aznanshah, Chan, Kok San
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/1434/1/JT37D%5B14%5D.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/1434/
http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/37/D/JT37D14.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif artikel ini adalah untuk membangunkan sebuah perisian menggunakan Visual Basic bagi tomografi optik, dimana perisian ini berupaya untuk mengesan dan mengukur pepejal kering yang melalui paip. Diameter luaran dan dalaman paip masing-masing adalah 60 mm dan 58 mm. Terdapat dua aras pengesan digunakan untuk mengukur halaju (pengesan aras atas dan pengesan aras bawah). Sistem pengukuran mempunyai sebanyak 32 pemancar (Tx1 hingga Tx32) dan 32 penerima (R1 hingga R32),yang dilekatkan pada ukurlilit paip tegak. Bagi pengesan aras bawah yang dilekatkan secara kekal mengandungi 16 pemancar (Tx17 hingga Tx32) dan 16 penerima (R17 hingga R32) dan pengesan aras atas yang boleh dilaraskan mengandungi 16 pemancar (Tx1 hingga Tx16) dan 16 penerima (R1 hingga R16). Halaju boleh dikira dengan mengambil jarak diantara pengesan aras atas dengan pengesan aras bawah dan dibahagi dengan masa lengah yang diperolehi daripada kedudukan puncak sekaitan silang yang dilakukan antara dua isyarat). Keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan teori dan ia menunjukkan perisian dan perkakasan yang dibina berupaya membuat pengukuran halaju dengan tepat.