Tahap penyelesaian masalah dalam pembangunan aturcara komputer

Teknik penyelesaian masalah merupakan antara teknik yang perlu dikuasai pelajar bagi memudahkan mereka untuk belajar dan seterusnya memahami sesuatu masalah yang diberi bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik. Terdapat banyak strategi atau teknik yang boleh digunakan bagi tujuan ini. Satu dari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaid, Norasyikin, Tasir, Zaidatun
Format: Book Section
Published: Penerbit UTM 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/14082/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Teknik penyelesaian masalah merupakan antara teknik yang perlu dikuasai pelajar bagi memudahkan mereka untuk belajar dan seterusnya memahami sesuatu masalah yang diberi bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik. Terdapat banyak strategi atau teknik yang boleh digunakan bagi tujuan ini. Satu daripadanya adalah konstruk pengetahuan melalui self-explanation (Bielaczyc, Pirolli dan Brown, 1995; Neuman dan Schwarz, 1998). Selfexplanation merupakan pernyataan yang dibuat oleh pelajar sendiri untuk kegunaan dirinya supaya lebih memahami sesuatu perkara semasa proses pembelajaran ataupun ketika menyelesaikan sesuatu masalah (Rezel, 2003). Pernyataan tersebut boleh dinyatakan secara lisan, menulis, graf atau jadual atau secara diam-diam. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh Bielaczyc (1994) dan Neuman dan Schwarz (1998), mendapati bahawa dengan memberikan latihan yang jelas kepada pelajar dengan menggunakan strategi self-explanation akan dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah secara efektif dan berlaku proses pembelajaran yang lengkap.