Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh yang terletak di negeri Melaka. Seramai 86 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Teknologi Malaysia
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/12174/1/JEPC-2011-1-007.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/12174/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah
sosial di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh yang terletak di negeri Melaka. Seramai 86 orang pelajar dipilih
sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian yang mengandungi
dua bahagian iaitu Bahagian A mengenai demografi responden dan Bahagian B mengenai respon responden
terhadap aspek persoalan kajian. Terdapat empat persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini iaitu faktor diri
sendiri, latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya dan permasalahan persekitaran sekolah. Darjah
kebolehpercayaan (alfa cronbach) bagi setiap persoalan kajian adalah 0.8536 bagi aspek faktor diri sendiri, 0.7967
bagi aspek latar belakang keluarga, 0.7488 bagi aspek pengaruh rakan sebaya dan 0.6835 bagi aspek permasalahan
persekitaran sekolah. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for
Social Science, Version 11.5) dan dinyatakan dalam bentuk kekerapan serta peratusan. Dapatan kajian menunjukkan
faktor diri sendiri paling mempengaruhi responden terlibat dalam masalah sosial berbanding pengaruh rakan sebaya
dan pemasalahan persekitaran sekolah. Walau bagaimanapun, analisis mendapati latar keluarga bukan faktor penting
responden terlibat dalam masalah sosial. Akhir sekali, beberapa implikasi kajian terhadap faktor penglibatan remaja
didalam masalah sosial dicadangkan dan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan juga turut dikemukakan. |
---|