Perbandingan faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran antara sekolah di bandar dan luar bandar

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor – faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran komponen mata pelajaran kemahiran hidup iaitu komponen perdagangan dan keusahawanan di sebuah sekolah yang terletak di bandar dan sebuah sekolah lahir yang terletak di luar bandar. Faktor-faktor...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azizi, Nurul Ezzati, Maalip, Halimah, Yahaya, Noordin
Format: Article
Language:English
Published: UTM 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/12151/3/HalimahMaalip2011_PerbandinganFaktoryangMempengaruhiProsesPengajaran.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/12151/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor – faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran komponen mata pelajaran kemahiran hidup iaitu komponen perdagangan dan keusahawanan di sebuah sekolah yang terletak di bandar dan sebuah sekolah lahir yang terletak di luar bandar. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor kurikulum, bahan bantu mengajar, gaya pengajaran guru dan persekitaran. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach ialah 0.89. Kemudian, kajian sebenar dijalankan dan maklumat diperolehi dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada 333 orang pelajar tingkatan dua sesi 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Dua Skudai Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu Sabah. Data-data kajian dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for the Social Science (SPSS)” Versi 15. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk min, frekuensi dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa faktor kurikulum, bahan bantu mengajar, gaya pengajaran guru dan persekitaran mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di kedua-dua sekolah ini. Diharap dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian, langkah-langkah serta pendekatan yang sesuai dapat dikenalpasti untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sekolah terbabit. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat dijadikan sebagai satu garis panduan untuk kajian yang seterusnya pada masa yang akan datang.