Mengkaji hubungan di antara pembelajaran koperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek telekomunikasi dan rangkaian di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor

Elemen asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling pergantungan positif, interaksi bersemuka, akauntabiliti individu, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan. Dalam kajian ini, penyelidik turut mengambil kira tiga elemen kemahiran generik iaitu; kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ali, Mohd Fadzli, Salleh, Normah
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11976/1/Mengkaji_Hubungan_Di_Antara_Pembelajaran_Koperatif.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11976/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Elemen asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling pergantungan positif, interaksi bersemuka, akauntabiliti individu, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan. Dalam kajian ini, penyelidik turut mengambil kira tiga elemen kemahiran generik iaitu; kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran penyelesaian masalah yang memenuhi elemen koperatif tersebut. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara pembelajaran koperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek Telekomunikasi dan Rangkaian di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar, kerjasama pelajar dalam kumpulan, kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah dan mengenalpasti sejauh mana kemahiran generik telah diaplikasikan kepada pelajar. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 145 pelajar yang mengambil subjek Telekomunikasi dan Rangkaian bagi sesi 2006/2007. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada 36 item soalan. Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah ? = 0.962. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0 untuk menganalisis data. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa keseluruhan min berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi telah dibuat dan ia menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara pembelajaran koperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar.