Kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah kebangsaan daerah Kota Tinggi, Johor.

Kajian ini untuk meninjau Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Tujuan kajian untuk mengenal pasti tahap pemahaman, tahap sokongan, tahap masalah dan perbandingan tahap pemahaman serta tahap masalah dari segi jantina dan lokasi sekolah (bandar dan luar banda...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Boon, Yusof, Shaharuddin, Mohd Musa
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11929/1/Kepemimpinan_Guru_Besar_Dalam_Pelaksanaan_Pentaksiran_Berasaskan_Sekolah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11929/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini untuk meninjau Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Tujuan kajian untuk mengenal pasti tahap pemahaman, tahap sokongan, tahap masalah dan perbandingan tahap pemahaman serta tahap masalah dari segi jantina dan lokasi sekolah (bandar dan luar bandar) dalam pelaksanaan PBS. Dapatan daripada kajian ini boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan pihak-pihak lain yang teribat secara langsung dalam merancang, merangka dan memeta hala tuju Dasar Pentaksiran Negara serta persediaan menghadapi pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan Negara (SPPK) menjelang tahun 2011. Responden kajian sebanyak 57 orang yang terdiri daripada Guru Besar semua sekolah aliran kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Data kajian yang diperolehi melalui borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan Perisian SPSS 15.0 for Windows. Kaedah statistik deskriptif dan Ujian – t dipilih dalam menganalisis data kajian . Instrumen soal selidik pada nilai Cronbach’s Alpha 0.813 digunakan untuk mengumpul data daripada responden. Dapatan kajian mendapati Guru Besar telah memahami PBS pada tahap tinggi, memberi sokongan dalam pelaksanaan PBS pada tahap tinggi dan menunjukkan tahap permasalahan di peringkat sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru lelaki dengan guru perempuan dan lokasi sekolah dari segi tahap pemahaman dan tahap permasalahan. Kajian ini juga telah mengenal pasti beberapa aspek permasalahan yang dihadapi oleh guru besar dalam pelaksanaan PBS yang perlu diatasi supaya pelaksanaan PBS memenuhi hasrat yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia serta memenuhi aspirasi negara melalui Dasar Pentasiran Negara secara holistik.