Cara pengurusan konflik peserta program khas pensiswazahan guru besar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan cara-cara pengurusan konflik Guru Besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 80 orang responden memberikan maklumbalas kepada soal selidik soalan yang diubahsuai...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11926/1/Cara_Pengurusan_Konflik_Peserta_Program_Khas_Pensiswazahan_Guru_Besar_Di_Fakulti_Pendidikan.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11926/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan cara-cara pengurusan konflik Guru Besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 80 orang responden memberikan maklumbalas kepada soal selidik soalan yang diubahsuai daripada Thomas Killman Conflict Mode Instrument (T-KCMI). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen (keseluruhan) yang dihasilkan ialah 0.808. Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach bagi setiap dimensi yang dikaji adalah dan 0.732 (gaya kolaborasi), 0.663 (gaya kompromi), 0.735 (gaya akomodasi), 0.768 (gaya bersaing), 0.537 (gaya mengelak). Analisis statistik dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan cara pengurusan konflik kolaborasi responden adalah pada tahap yang paling tinggi dengan nilai min 4.21, diikuti oleh cara kompromi (min 3.95), cara akomodasi (min 3.45), cara bersaing (min 3.10), dan cara mengelak (min 2.84). Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah bangunkan. |
---|