Hubungan Antara Tahap Motivasi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia

Laporan ini berkenaan hasil kajian yang dijalankan untuk mengukur tahap motivasi tiga konstruk iaitu motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan regulasi kendiri; dan mengkaji hubungan antara tahap motivasi dengan pencapaian akademik pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains Malaysia. Kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hee, Jee Mei, Mohamad Yusuff, Siti Liyana
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11875/1/Hubungan_Antara_Tahap_Motivasi_Dengan_Pencapaian_Akademik_Pelajar_Pendidikan_Jarak_Jauh_Universiti_Sains_Malaysia.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11875/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Laporan ini berkenaan hasil kajian yang dijalankan untuk mengukur tahap motivasi tiga konstruk iaitu motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan regulasi kendiri; dan mengkaji hubungan antara tahap motivasi dengan pencapaian akademik pelajar pendidikan jarak jauh Universiti Sains Malaysia. Kajian ini menggunakan persampelan tidak rawak jenis bertujuan dan melibatkan seramai 116 responden yang terdiri daripada Fakulti Sains, program Biologi (N=54) dan Fakulti Ilmu Kemanusiaan, program Geografi (N=62). Kajian ini berbentuk kajian tinjauan deskriptif. Alatan kajian ini terdiri daripada soal selidik tertutup skala likert 5-mata untuk mengukur tiga konstruk motivasi tersebut di atas. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science 15 (SPSS 15) menggunakan kekerapan, peratus, min dan korelasi pearson-r. Dapatan kajian menunjukkan motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik dan regulasi kendiri adalah tinggi. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik dengan pencapaian akademik. Namun begitu, didapati terdapat hubungan yang lemah tetapi signifikan antara tahap regulasi kendiri dengan pencapaian akademik. Ini menunjukkan walaupun tahap motivasi pelajar berada pada tahap tinggi, tetapi tahap motivasi mereka tidak mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik. Ini berlainan dengan tahap regulasi kendiri pelajar yang mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik. Laporan ini diakhiri dengan cadangan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar dan cadangan kajian lanjutan.