Penggunaan Pusat Akses Sekolah Dalam Kalangan Guru Di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru
Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Ia berfungsi ala kafe siber. Kajian ini adalah untuk melihat faktor – faktor yang mendorong peng...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11858/1/Penggunaan_Pusat_Akses_Sekolah_Dalam_Kalangan_Guru_Di_Pusat_Kegiatan_Guru_Zon_Tasek_Utara.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11858/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi
menjayakan pembestarian sekolah. Ia berfungsi ala kafe siber. Kajian ini adalah untuk melihat
faktor – faktor yang mendorong penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru, aktivitiaktiviti
yang dijalankan di pusat akses sekolah dan juga mengenal pasti halangan yang dihadapi
oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah. Faktor demografi yang diambilkira dalam
kajian ini ialah umur dan pengalaman mengajar. Responden kajian terdiri daripada 83 orang guru
di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek
Utara, Johor Bahru . Kajian ini menggunakan instrument soal selidik. Nilai min keseluruhan
yang diperolehi pada 3.59 menunjukkan penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru
berada pada tahap sederhana. Hasil kajian menunjukkan lokasi pusat akses sekolah dan galakan
pentadbir merupakan faktor pendorong utama penggunaan pusat akses sekolah. Dapatan juga
mendapati aktiviti yang tinggi dilakukan oleh guru ialah mengakses internet untuk mencari
bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Golongan guru yang berumur 25 hingga 30 tahun
merupakan golongan yang paling ramai dan aktif dalam menggunakan pusat akses sekolah.
Serangan virus merupakan halangan utama namun begitu ia berada pada tahap yang rendah dan
bukan menjadi penghalang kepada penggunaan dan aktiviti yang dilakukan. Kajian ini juga
mencadangkan agar pihak sekolah dapat memastikan penggunaan pusat akses sekolah dapat
dimanfaatkan ke tahap maksima dengan mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan
pembelajaran secara efektif. |
---|