Gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah daerah Johor Bahru, Johor

Kajian ini bertujuan meninjau pendapat guru di tiga buah sekolah rendah daerah Johor Bahru terhadap gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja mereka. Selain itu, kajian turut memberi fokus kepada sama ada terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru besar m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Boon , Yusof, Ghazali, Azizah
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11814/1/Gaya_Komunikasi_Guru_Besar_Dan_Hubungannya_Dengan_Kepuasan_Bekerja_Guru_Di_Tiga_Buah_Sekolah_Rendah_Daerah_Johor_Bahru.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11814/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meninjau pendapat guru di tiga buah sekolah rendah daerah Johor Bahru terhadap gaya komunikasi guru besar dan hubungannya dengan kepuasan bekerja mereka. Selain itu, kajian turut memberi fokus kepada sama ada terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru besar mengikut latar belakang mereka, dan adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi guru besar dengan kepuasan bekerja mereka. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan melibatkan sebanyak 178 orang guru sebagai responden. Data kajian diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for Windows versi 15.0. Dapatan kajian menunjukkan guru besar kerap mengamalkan enam dari tujuh gaya komunikasi, iaitu ekspresi positif, ekspresi negatif, arahan kerja, penglibatan, rasional kerja dan penerangan kerja. Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan pendapat guru mengikut umur dan pengalaman mengajar terhadap gaya komunikasi guru besar. Sebaliknya, terdapat perbezaan pendapat guru terhadap gaya komunikasi guru besar mengikut jantina, etnik dan jenis sekolah. Selanjutnya, kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya komunikasi guru besar dengan kepuasan bekerja guru, terutamanya gaya komunikasi ekspresi positif dan ekspresi negatif. Beberapa implikasi dan cadangan turut dikemukakan dalam kertas kerja ini.