Pembinaan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi tajuk Penghasilan Montaj menggunakan aplikasi perisian Adobe Premiere Pro CS3

Kebanyakan modul yang berkonsepkan pembelajaran secara individu sememangnya banyak dipasarkan di pasaran. Tujuan utama ianya dihasilkan adalah untuk membantu pelajar belajar tentang sesuatu dengan cara sendiri. Namun begitu, kebanyakan modul yang dipasarkan tidak benar-benar membantu. Ini disebabkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Zaid , Norasyikin, Ab Majid, Mohamad Marzizi
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11807/1/Pembinaan_Modul_Pembelajaran_Kendir1.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11807/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebanyakan modul yang berkonsepkan pembelajaran secara individu sememangnya banyak dipasarkan di pasaran. Tujuan utama ianya dihasilkan adalah untuk membantu pelajar belajar tentang sesuatu dengan cara sendiri. Namun begitu, kebanyakan modul yang dipasarkan tidak benar-benar membantu. Ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pengimplimentasian terhadap pendekatan pembelajaran yang tidak sesuai selain daripada kos penerbitan yang mungkin agak tinggi. Disebabkan itu, projek ini dijalankan untuk menghasilkan sebuah modul pembelajaran kendiri bagi tajuk Penghasilan Montaj Menggunakan Aplikasi Adobe Premiere Pro CS3. Kebanyakan buku rujukan ini dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris,dan boleh dikatakan tidak terdapat satu buku rujukan pun dalam Bahasa Melayu, maka ini menyukarkan pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris untuk mempelajarinya.. Selain daripada itu, kebanyakan buku rujukan yang ada dipasaran tidak benar-benar memfokuskan terhadap pembinaan montaj Modul ini dihasilkan berdasarkan pecahan tajuk dalam kursus Teknologi Grafik, Animasi dan Video Digital(SPM2302), DI Fakulti Pendidikan,UTM. Tujuan utama modul ini dihasilkan adalah untuk membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan yang lebih berkaitan penghasilan montaj menggunakan perisian Adobe Premiere Pro CS3. Modul pembelajaran kendiri ini dihasilkan dengan menggunakan Teori Beban Kognitif dan Pendekatan Langkah Demi Langkah. Penilaian formatif dijalankan sepanjang penghasilan modul ini oleh pensyarah projek. Penilaian sumatif pula dijalankan secara tidak formal terhadap rakan-rakan bagi mendapatkan pandangan berkaitan rekabentuk dan penyampaian isi pelajaran berdasarkan pendekatan dan teori yang digunakan. Penghasilan modul ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari topik ini dengan lebih baik lagi.