Tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat pendidikan sains

Masalah kefahaman dalam Kemahiran Proses Sains telah menarik perhatian penyelidik. Penyelidik menetapkan pembolehubah bersandar adalah tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat dua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noordin, Shaharom, Abdul Shukor, Sharfuddin
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11673/1/Tahap_Kefahaman_Kemahiran_Mengumpul_Data_Dan_Mentafsir_Data_Dalam_Kalangan_Pelajar_Tahun_Empat_Pendidikan_Sains.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11673/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah kefahaman dalam Kemahiran Proses Sains telah menarik perhatian penyelidik. Penyelidik menetapkan pembolehubah bersandar adalah tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat dua pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu merentas jantina dan program pengajian. Peserta kajian terdiri daripada 52 orang pelajar Program Pendidikan Sains – Perdana dan Program Pendidikan Sains – Program Khas Pensiswazahan Guru. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang ditadbir ialah Ujian Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data Dan Mentafsir Data yang mempunyai 40 item objektif dengan nilai kebolehpercayaan ά = .89. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim dan markat maksimum dan minimum telah digunakan dalam tatacara menganalisis data kajian ini. Tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains secara keseluruhan dan merentas jantina adalah baik. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua kemahiran merentas program pengajian adalah sederhana untuk Perdana dan baik untuk Program Khas Pensiswazahan Guru. Implikasi daripada kajian ini ialah perlunya ada perubahan sikap pelajar dan amalan pengajaran dan pembelajaran pensyarah.