Aurat Wanita Muslim Menurut Perspektif Islam: Penerimaan Dan Pengamalan Di Kalangan Masyarakat

Tahap penerimaan dan pengamalan masyarakat terhadap pensyariatan menutup aurat telah mendapat perhatian penulis. Kajian ini bertujuan untuk memberikan pendedahan, pengetahuan serta kesedaran kepada masyarakat Islam, khususnya wanita Islam dalam penjagaan aurat yang merangkumi persyaratan pakaian yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Yusof, Farahwahida, Muhamad, Nur Afzan
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11656/1/Aurat_Wanita_Muslim_Menurut_Perspektif_Islam__Penerimaan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11656/
https://www.researchgate.net/publication/49910746_Aurat_Wanita_Muslim_Menurut_Perspektif_Islam_PenerimaanDan_Pengamalan_Di_Kalangan_Masyarakat
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tahap penerimaan dan pengamalan masyarakat terhadap pensyariatan menutup aurat telah mendapat perhatian penulis. Kajian ini bertujuan untuk memberikan pendedahan, pengetahuan serta kesedaran kepada masyarakat Islam, khususnya wanita Islam dalam penjagaan aurat yang merangkumi persyaratan pakaian yang memenuhi tuntutan syariat Islam. Seramai 11 orang staf sokongan kolej kediaman siswi Universiti Teknologi Malaysia Skudai telah dipilih sebagai responden. Metode pengumpulan data, kajian perpustakaan, metode dokumentasi, wawancara dan observasi digunakan dalam kajian ini. Manakala metode induktif, deduktif dan komparatif pula digunakan untuk menganalisis data. Kajian dijalankan adalah bagi mengetahui tahap pengetahuan wanita Islam terhadap kewajipan menutup aurat bagi mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan tahap pengamalan wanita muslim terhadap kewajipan menutup aurat serta mengetahui kedudukan aurat dari perspektif Islam. Secara keseluruhannya,dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mengetahui konsep, kewajipan serta tujuan menutup aurat. Namun, kurang memberikan maklumbalas yang baik dari sudut pengamalannya. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, penulis mengemukakan beberapa cadangan bagi memastikan syariat penutupan aurat dapat diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat seharian. Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk pengkajian pada masa akan datang.