Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian pre dan ujian post untuk mengukur dan mengumpul data berkaitan dengan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet skuasy SUKMA Negeri Johor 2008 yang mengandungi lima komponen asas iaitu Daya Tahan Kardiovaskular, Daya...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11564/1/Kajian_Tahap_Kecergasan_Fizikal_Berasaskan_Kesihatan_Atlet.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11564/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental yang melibatkan ujian pre dan ujian
post untuk mengukur dan mengumpul data berkaitan dengan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
atlet skuasy SUKMA Negeri Johor 2008 yang mengandungi lima komponen asas iaitu Daya Tahan
Kardiovaskular, Daya Tahan Otot, Kekuatan Otot, Komposisi Badan dan Kelembutan. Ianya bertujuan
sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan SUKMA 2008 di Terengganu. Untuk menjayakan kajian
ini seramai 6 atlet skuasy wanita SUKMA Negeri Johor 2008 telah diambil sebagai subjek untuk kajian
ini. Ujian yang digunakan untuk mengukur lima komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
merangkumi Ujian Multi-Staget, Ujian Push-Upt, Ujian Sit & Reach, Ujian Endurance Crunch dan Ujian
Skinfoldt. Data-data yang telah dikumpulkan daripada ujian pre dan ujian post akan dianalisis dengan
menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) 11.5 dan Microsoft Excel 2003
untuk mendapatkan keputusan ujian secara signifikan. ujian-t Sampel Berpasangan juga digunakan untuk
membuat perbezaan data yang diperolehi daripada ujian pre dan ujian post dengan aras signifikan yang
ditetapkan ialah p < 0.05. Hasil dapatan kajian didapati Ujian Multi-Stage p = 0.012, Ujian Push-Up p =
0.011 dan Ujian Skinfold p = 0.002 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan iaitu lebih kecil
daripda aras signifikan yang ditetapkan p < 0.05, manakala Ujian Endurance Crunch p = 0.517 dan Ujian
Sit & Reach p = 0.093 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan iaitu lebih besar daripada
aras signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Daripada dapatan kajian didapati hipotesis satu, dua, tiga
dan lima adalah ditolak manakala hanya hipotesis keempat sahaja yang diterima.
Katakunci: ujian Pre, ujian post, Kecergasan Fizikal |
---|