Perbandingan Kapasiti Anaerobik Antara Pemain Futsal Dan Pemain Bola Sepak Universiti Teknologi Malaysia Dengan Menggunakan Ujian Wingate

Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan kapasiti anaerobik antara pemain futsal dan pemain bola sepak dengan menggunakan Ujian Wingate. Subjek terdiri daripada lima orang pemain futsal dan lima orang pemain bola sepak Universiti Teknologi Malaysia yang berumur di antara 20 hingga 2...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zainuddin, Zainal Abidin, Mohd, Mohd Redzuan
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11519/1/Perbandingan_Kapasiti_Anaerobik_Antara_Pemain_Futsal_Dan_Pemain_Bola_Sepak_Universiti_Teknologi_Malaysia_Dengan_Menggunakan_Ujian_Wingate.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11519/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan kapasiti anaerobik antara pemain futsal dan pemain bola sepak dengan menggunakan Ujian Wingate. Subjek terdiri daripada lima orang pemain futsal dan lima orang pemain bola sepak Universiti Teknologi Malaysia yang berumur di antara 20 hingga 26 tahun dan mempunyai Body Mass Index (BMI) pada tahap normal. Ujian Wingate dilakukan dengan menggunakan basikal ergometer dengan menetapkan rintangan berpandukan berat badan serta kayuhan dengan kelajuan maksima selama 30 saat. Data mentah yang diperolehi akan dikira dengan empat langkah formula iaitu Peak Power Output (PP), Relative Peak Power (RPP), Anaerobic Fatigue (AF) dan Anaerobic Capacity (AC). Data mentah juga dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras keertian p < 0.05. Secara kesimpulannya, kapasiti anaerobik pemain futsal dan pemain bola sepak adalah berada pada tahap yang sama. Katakunci: kapasiti anaerobik, pemain futsal, pemain bola sepak, Ujian Wingate