Pembangunan Modul Bagi Tajuk ‘Panduan Menggunakan Teks Pada Paparan Elektronik’

Modul merupakan bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar secara sendiri. Penggunaan modul bukan sahaja dapat membantu pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung didalam modul. Jesteru itu, projek t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Salleh, Shaharuddin, Kamal, Nur Zawani
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11517/1/Pembangunan_Modul_Bagi_Tajuk_%E2%80%98Panduan_Menggunakan_Teks_Pada_Paparan_Elektronik%E2%80%99.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11517/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Modul merupakan bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan para pelajar belajar secara sendiri. Penggunaan modul bukan sahaja dapat membantu pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung didalam modul. Jesteru itu, projek telah dijalankan bagi menghasilkan sebuah modul bagi tajuk “Panduan Menggunakan Teks pada Paparan Elektronik”. Tujuan utama menghasilkan modul ini ialah untuk membantu pembangun bahan multimedia dalam menggunakan teks dalam persembahan elektronik seperti aplikasi multimedia dan web. Modul dihasilkan dalam bahasa Melayu bagi memudahkan pemahaman pengguna dan menggunakan Teori Beban Kognitif. Modul berkenaan typografy ini terbahagi kepada 3 bab dan setiap bab mengandungi hasil pembelajaran (objektif), pengenalan, isi pelajaran, latihan dan aktiviti yang dilengkapi dengan gambar rajah berlabel sebagai rujukan dan contoh. Penilaian formatif dijalankan sepanjang penghasilan modul ini oleh penyelia projek. Manakala penilaian sumatif telah dijalankan oleh dua orang pakar dan juga oleh beberapa orang pelajar Fakulti Pendidikan secara tidak formal. Penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan mengenai reka bentuk dan kandungan modul. Modul yang dihasilkan ini diharap dapat menambahkan pengetahuan pengguna berkenaan teks pada persembahan elektronik dengan lebih baik. Katakunci: modul, bahan pembelajaran