Persepsi Staf Bank Terhadap Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi staf bank terhadap penglibatan orang bukan Islam dalam sistem pajak gadai Islam (ar-Rahnu). Seramai 20 responden telah dipilih secara persampelan seluruh populasi yang terdiri daripada staf Bank Rakyat Taman Universiti, Skudai, Johor. Set soal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Salamon , Hussin, Abdul Aziz, Niswah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11441/1/Persepsi_Staf_Bank_Terhadap_Penglibatan_Orang_Bukan_Islam_Dalam_Sistem_Pajak_Gadai_Islam.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11441/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi staf bank terhadap penglibatan orang bukan Islam dalam sistem pajak gadai Islam (ar-Rahnu). Seramai 20 responden telah dipilih secara persampelan seluruh populasi yang terdiri daripada staf Bank Rakyat Taman Universiti, Skudai, Johor. Set soal selidik mengandungi 44 item berkaitan dengan latar belakang responden serta tiga persoalan kajian iaitu untuk mengkaji faktor penglibatan orang bukan Islam dalam skim ar-Rahnu, mengenalpasti faktor penghalang masyarakat bukan Islam menyertai skim ar-Rahnu dan untuk mengenalpasti langkahlangkah untuk mengembangkan skim ar-Rahnu kepada masyarakat bukan Islam. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui nilai kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian “Statistical Package For The Social Sciences” (SPSS) versi 14.0. Nilai kebolehpercayaan yang diperoleh adalah ?= 0.888. Secara keseluruhan staf memberikan persepsi yang positif terhadap setiap persoalan di atas dengan nilai min tinggi bagi persoalan pertama iaitu 4.22, diikuti dengan 3.85 bagi persoalan kedua dan 4.14 bagi persoalan kajian ketiga. Kajian mencadangkan agar skop kajian diperluas kepada masyarakat bukan Islam yang melanggan skim ar-Rahnu.