Persepsi Ibu Bapa Melayu Muslim Bandar Terhadap Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa Melayu muslim Bandar terhadap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Responden bagi kajian ini adalah ibu bapa Melayu muslim bandar yang tinggal di Taman Melur, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Populasi bagi kajian ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Alim, Ahmad Puhad, Zakaria, Nazatul Akma
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11428/1/Persepsi_Ibu_Bapa_Melayu_Muslim_Bandar_Terhadap_Penggunaan_Telefon_Bimbit_Dalam_Kalangan_Pelajar_Sekolah_Menengah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11428/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi ibu bapa Melayu muslim Bandar terhadap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Responden bagi kajian ini adalah ibu bapa Melayu muslim bandar yang tinggal di Taman Melur, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Populasi bagi kajian ini adalah seramai 260 orang ibu bapa Melayu muslim bandar. Keseluruhan populasi menjadi sampel kajian. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif yang menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik bagi kajian ini adalah menggunakan skala Likert yang mengandungi 30 item soalan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciences Windows (SPSS) versi 12.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.896. Dapatan kajian menunjukkan persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap pemilikan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah pada tahap min yang sederhana iaitu dengan nilai min 3.03, diikuti dengan persepsi ibu bapa Melayu muslim bandar terhadap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah menengah pada tahap min yang sederhana iaitu dengan nilai min 2.90 dan kecenderungan ibu bapa Melayu muslim bandar untuk membelikan telefon bimbit kepada anak-anak berada pada tahap min sederhana iaitu dengan nilai min 2.97. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.