Stres Dalam Kalangan Guru Di Dua Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan Skudai

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan stres, tahap stres dan pendekatan pengurusan stres dalam kalangan guru di dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Kawasan Skudai. Seramai 144 orang guru telah terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis dengan mengg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu , Baharin, Aziz, Mariam
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11410/1/Stres_Dalam_Kalangan_Guru_Di_Dua_Buah_Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Di_Kawasan_Skudai.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11410/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan stres, tahap stres dan pendekatan pengurusan stres dalam kalangan guru di dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Kawasan Skudai. Seramai 144 orang guru telah terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 13. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.83. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor bebanan tugas menjadi faktor utama stres guru. Tahap stres guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian ini juga menunjukkan pendekatan pengurusan stres yang kerap dilakukan oleh guru adalah pendekatan pengurusan strategi berfokus kepada penilaian.