Mengenal Pasti Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Kurang Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Sains. Satu Kajian Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Luar Bandar

Setiap kali peperiksaan, didapati ramai pelajar mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains dan banyak punca telah dikaitkan dengan ketidakcemerlangan ini. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau faktor yang menyebabkan pelajar mendapat keputusan kurang cemerlang dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kailani , Ismail, Ismail, Khairuzaman
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11384/1/Mengenal_Pasti_Faktor.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11384/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Setiap kali peperiksaan, didapati ramai pelajar mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains dan banyak punca telah dikaitkan dengan ketidakcemerlangan ini. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau faktor yang menyebabkan pelajar mendapat keputusan kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains semasa menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2007. Empat faktor yang diberi tumpuan dalam kajian ini iaitu cara pembelajaran pelajar, pengajaran guru, pengaruh rakan sebaya dan juga minat. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik yang dijawab oleh responden. Seramai 229 orang pelajar tingkatan empat telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data yang yang perolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Sosial Science for Windows (SPSS) versi 12.0. Kebolehpercayaan instrumen kajian agak tinggi dengan nilai Alpha Cronbach (?) = 0.829. Data dianalisis berdasarkan peratusan dan kekerapan responden yang setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa cara pembelajaran pelajar merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Akhir sekali, cadangan untuk para pelajar, guru, pihak sekolah dan juga ibu bapa dikemukakan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains.