Kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar 4SPP dan 4SPF dalam subjek fizik di Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor matematik, kaedah pengajaran pensyarah, kefahaman terhadap amali, dan faktor jantina dalam mempengaruhi pencapaian pelajar 4SPP dan 4SPF dalam subjek Fizik. Terdapat empat objektif kajian yang ingin dicapai. Pertama, mengenal pasti faktor kelemahan dalam su...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya , Noraffandy, Lee , Kwan How
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11382/1/Kajian_Terhadap_Faktor.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11382/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor matematik, kaedah pengajaran pensyarah, kefahaman terhadap amali, dan faktor jantina dalam mempengaruhi pencapaian pelajar 4SPP dan 4SPF dalam subjek Fizik. Terdapat empat objektif kajian yang ingin dicapai. Pertama, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kelemahan dalam matematik. Kedua, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kekurangan kefahaman tentang amali Fizik. Ketiga, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor kaedah pengajaran pensyarah. Keempat, mengenal pasti faktor kelemahan dalam subjek Fizik berasas kepada faktor jantina.Kajian melibatkan 44 orang pelajar dari subjek 4SPP dan 4SPF di Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan satu set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisisan komputer “Statistical Packages For Social Sciences” (SPSS 15.0). Analisis data kajian menggunakan kaedah kekerapan, peratusan, dan min. Daripada nilai min yang diperolehi, didapati bahawa faktor matematik, kaedah pengajaran pensyarah dan kefahaman terhadap amali banyak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek fizik manakala faktor jantina tidak mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek fizik. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu pihak universiti dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek fizik.