Penerapan Kemahiran Insaniah Di Kalangan Guru Pelatih Yang Mengambil Kursus Sains Komputer Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Guru perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan pengetahuan teknikal atau bidang tertentu tetapi juga dengan kemahiran insaniah yang mempunyai nilai tambah merentasi bidang disiplin yang dipelajari. Kemahiran insaniah adalah penting supaya guru pelatih boleh menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Atan, Noor Azean, Khoo, Vee Lynn
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11357/1/Penerapan_Kemahiran_Insaniah_Di_Kalangan_Guru_Pelatih_Yang_Mengambil_Kursus_Sains_Komputer_Di_Fakulti_Pendidikan_Universiti_Teknologi_Malaysia.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11357/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Guru perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan pengetahuan teknikal atau bidang tertentu tetapi juga dengan kemahiran insaniah yang mempunyai nilai tambah merentasi bidang disiplin yang dipelajari. Kemahiran insaniah adalah penting supaya guru pelatih boleh menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat menghadapi cabaran dan keperluan tempat kerja. Oleh demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kesedaran dan tahap guru pelatih Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik, Fizik dan Kimia) terhadap tujuh atribut kemahiran insaniah yang diterapkan dalam Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, penyelidik mengenalpasti hubungan antara subjek Sains Komputer serta perbezaan signifikan antara ketiga-tiga kumpulan guru pelatih terhadap penerapan kemahiran insaniah. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik dan seramai tujuh puluh lima guru pelatih tahun akhir fakulti pendidikan UTM diambil sebagai sampel kajian. Data yang diperolehi dikaji dengan menggunakan SPSS 11.5 for Windows. Hasil kajian ini mendapati kemahiran bekerja dalam kumpulan adalah yang paling banyak diterapkan dalam peningkatan kemahiran insaniah guru pelatih UTM dan seramai 86.7% guru pelatih bersetuju bahawa subjek Teknologi Grafik, Animasi dan Video dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah. Kajian ini dijangka dapat dimanfaatkan oleh IPT dalam menerapkan kemahiran generik dan kemahiran IT yang relevan di fakulti masing-masing.