Membangunkan Modul Perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) Yang Bertajuk Safety Rules And Apparatus In The Laboratory Bagi Matapelajaran Sains Tingkatan Satu

Pada masa kini, penggunaan komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran subjek Sains sudah menjadi satu kemestian bagi para guru. Ini sejajar dengan cadangan Kementerian Pelajaran dimana dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menarik minat para pelajar mempelajari subj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jonid , Muslim, Hanapi, Hazwani
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11338/1/Membangunkan_Modul_Perisian_Bahan_Bantu_Mengajar.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11338/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa kini, penggunaan komputer dalam proses pembelajaran dan pengajaran subjek Sains sudah menjadi satu kemestian bagi para guru. Ini sejajar dengan cadangan Kementerian Pelajaran dimana dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menarik minat para pelajar mempelajari subjek Sains dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, perisian modul BBM berasaskan komputer ini telah dibangunkan berdasarkan subjek Sains Tingkatan Satu dalam bahasa Inggeris dimana tajuk yang dipilih adalah sub topik dalam bab Pengenalan Kepada Sains iaitu “ Peraturan Keselamatan Makmal dan Alat Radas Dalam Makmal.” Isi kandungan utama perisian ini adalah berkaitan dengan peraturan-peraturan keselamatan dalam makmal, pengenalan terhadap alat-alat radas dalam makmal dan cara mengendalikan beberapa alat-alat radas dalam makmal. Selain itu, perisian modul BBM ini juga dilengkapi dengan sesi penilaian formatif dan juga sumatif, glosari bagi membantu pelajar dan tentang sains secara amnya. Perisian modul BBM ini dibina berasaskan perisian utama iaitu Microsoft PowerPoint 2003 dengan gabungan perisian-perisian lain iaitu Adobe Photoshop CS, Sony Vegas 5.0, Ulead GIF Animator 5.0 dan Sony Sound Forge 7.0 menggunakan kesepaduan unsur-unsur multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Secara keseluruhannya, diharapkan pembangunan perisian modul BBM ini mampu memberikan banyak manfaat kepada guru-guru sains dan seterusnya membantu guru ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.