Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan Koswer Matematik Akses Kendiri Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesediaan pelajar terhadap penggunaan koswer Matematik akses kendiri. Tiga aspek untuk menilai kesediaan pelajar dikaji dari segi kemampuan/kemahiran pelajar menggunakan koswer, sikap pelajar terhadap penggunaannya dan faktor yang mempengaruhi penggunaannya. Sampel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idris , Abdul Razak, Yusoff, Hafiza Akmal
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11318/1/Tahap_Kesediaan_Pelajar_Terhadap_Penggunaan_Koswer_Matematik_Akses_Kendiri_Dalam_Kalangan_Pelajar_Sekolah_Menengah_Teknik_Tanjung_Puteri.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11318/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat kesediaan pelajar terhadap penggunaan koswer Matematik akses kendiri. Tiga aspek untuk menilai kesediaan pelajar dikaji dari segi kemampuan/kemahiran pelajar menggunakan koswer, sikap pelajar terhadap penggunaannya dan faktor yang mempengaruhi penggunaannya. Sampel kajian terdiri daripada 190 pelajar tingkatan 5 dari Sek. Men. Teknik Tanjung Puteri, Johor Bahru. Kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik yang berasaskan Skala Likert. Nilai kebolehpercayaan soal selidik mengikut Alpha Cronbach adalah 0.979. Data yang diperoleh diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0 untuk mencari kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian ini menunjukkan kesediaan pelajar terhadap penggunaan koswer Matematik akses kendiri berada pada tahap sederhana dengan kemahiran pelajar menggunakan koswer (min 3.61), sikap pelajar terhadap penggunaannya (min 3.66) dan faktor-faktor utama yang mempengaruhinya adalah kandungan koswer (min 3.49), proses pembelajaran (min 3.53) dan persekitaran pembelajaran (min 3.65). Penyelidik mengemukakan beberapa cadangan bagi menggalakkan pelajar meningkatkan pembelajaran melalui penggunaan koswer.