Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) : Pengurusan Jenazah Mengikut Sukatan KBSM Pendidikan Islam Tingkatan Tiga.

Kesan dari perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), telah muncul suatu kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih efektif dan interaktif, menggantikan kaedah tradisional ’chalk and talk’ yang dikenali sebagai Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Seiring denga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Safar , Ajmian, Nordin, Fatim Nor Muhamad
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11283/1/Perisian_Pembelajaran_Berbantukan_Komputer.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11283/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kesan dari perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), telah muncul suatu kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih efektif dan interaktif, menggantikan kaedah tradisional ’chalk and talk’ yang dikenali sebagai Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Seiring dengan itu, sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah direkabentuk di bawah tajuk Pengurusan Jenazah mengikut sukatan KBSM Pendidikan Islam Tingkatan Tiga. Tujuan perisian ini dibangunkan adalah untuk membantu guru-guru Pendidikan Islam meningkatkan kualiti P&P mereka, dan pada masa yang sama sebagai panduan dan bahan untuk mengulang kaji pelajaran di sekolah atau di rumah oleh para pelajar. Perisian ini dibina dengan menggunakan Bahasa Gubahan Macromedia Authorware 7.0 dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Adobe Photoshop 7.0, Adobe Premiere Pro 1.5, Macromedia Flash MX dan Swish Max. Perisian ini mengaplikasikan prinsip pembelajaran konstruktivisme dan perancangan rekabentuknya berdasarkan model aliran kerja ADDIE. Bagi memastikan kualiti perisian mengikut piawaian, ia telah dinilai oleh dua orang pakar multimedia.