Kepentingan konsep kendiri positif dalam pembelajaran

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimanakah aspek-aspek kemahiran diri, penerimaan diri seadanya, pertuturan kendiri positif dan penglibatan orang signifikan mempengaruhi tahap pembentukan konsep kendiri positif di kalangan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Sel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Zainudin, Abdullah Sani, Riyanti
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11278/1/FULL_PAPER_KONSEP_KENDIRI_POSITIF.doc
http://eprints.utm.my/id/eprint/11278/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimanakah aspek-aspek kemahiran diri, penerimaan diri seadanya, pertuturan kendiri positif dan penglibatan orang signifikan mempengaruhi tahap pembentukan konsep kendiri positif di kalangan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Selangor. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel seramai 200 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Selangor. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 62 item yang dibina berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan Alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.8377. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5. Hasil analisis daripada persoalan kajian didapati secara keseluruhannya, aspek penerimaan diri seadanya, pertuturan kendiri positif dan penglibatan orang signifikan mempunyai hubungan yang positif dalam mempengaruhi pembentukan konsep kendiri positif di kalangan responden. Manakala aspek kemahiran diri tidak mempengaruhi pembentukan konsep kendiri positif di kalangan responden. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri pada diri pelajar. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi membantu meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri positif di kalangan pelajar sekolah menengah khususnya.