Gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru di sekolah

Gaya kepimpinan dalam sesebuah organisasi merupakan asas kepada corak sesebuah organisasi ditadbir. Cirri-ciri yang terdapat pada seseorang pemimpin dalam hal ini akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti g...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hushin, Hassan, Abu Bakar, Zainudin, Shamsuddin, Normala
Format: Article
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11270/1/GAYA_KEPIMPINAN_GURU_BESAR_WANITA.doc
http://eprints.utm.my/id/eprint/11270/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gaya kepimpinan dalam sesebuah organisasi merupakan asas kepada corak sesebuah organisasi ditadbir. Cirri-ciri yang terdapat pada seseorang pemimpin dalam hal ini akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen guru-guru di sekolah. Lokasi kajian ini adalah di sekolah-sekolah yang ditadbir oleh guru besar wantia dalam zon Kluang Barat, Kluang, Johor. Dua dimensi gaya kepimpinan telah dikenalpasti iaitu gaya kepimpinan berorientasikan struktur tugas dan gaya kepimpinan berorientasikan timbang rasa. Instrument soal selidik telah dibina dan diubahsuai berasaskan Leadership Behaviour Description Questionnaire (LBDQ) dan the Workforce Commitment Index dan digunakan sebagai alat pengumpulan data. Seramai 102 orang guru telah dipilih sebagai responden daripada empat buah sekolah yang ditadbir oleh guru besar wantia. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang ketara min antara gaya kepimpinan berasaskan struktur tugas (min = 3.73) berbanding yang berasaskan timbang rasa (min = 3.49). Kajian korelasi juga menunjukkan hubungan yang lemah antara gaya kepimpinan guru besar dengan komitmen guru (r =.229; p = 0.02). Beberapa cadangan dan penambahbaikan dibincangkan untuk kajian yang akan datang.