Kajian Tentang Faktor Utama Yang Mendorong Ibu Bapa Menghantar Anak Mereka Ke Kelas Tuisyen Di Sekitar Taman Universiti, Skudai Johor

Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas tuisyen. Faktor tersebut ialah faktor masa, tahap pendidikan ibu bapa, pencapaian akademik anak dan kepercayaan terhadap kelas tuisyen. Ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pembolehubah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Said, Mohd. Rizal, Warith, Buanda @ Arbaya
Format: Article
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11250/
https://www.mysciencework.com/publication/show/ab61a97a7ebfdee1baf8ddc126a6b76f
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas tuisyen. Faktor tersebut ialah faktor masa, tahap pendidikan ibu bapa, pencapaian akademik anak dan kepercayaan terhadap kelas tuisyen. Ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pembolehubah-pembolehubah yang dinyatakan mempengaruhi keputusan dikalangan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen. Seramai 120 orang ibu bapa di lima buah pusat tuisyen di sekitar Taman Universiti, Skudai Johor telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif yang menggunakan soal selidik yang dibina setelah berbincang dengan pensyarah pembimbing. Data-data dikumpul menggunakan teknik pemprosesan data SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Dapatan data kajian diproses dan menggunakan frekuensi, peratus dan min sebagai perbandingan. Secara umumnya,keputusan kajian telah menunjukkan bahawa faktor-faktor yang dinyatakan mempunyai pengaruh yang berbeza. Kajian juga menunjukkan bahawa kepercayaan responden terhadap kelas tuisyen merupakan faktor utama. Walaupun, kajian telah dapat memberikan sedikit maklumat tentang ke semua faktor yang dinyatakan, kajian yang selanjutnya adalah diperlukan terutamanya dalam membuat kajian khusus tentang faktor-faktor lain yang mempengaruhi persepsi ibu bapa terhadap kelas tuisyen.