Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Merokok Di Kalangan Pelajar Sekolah : Satu Tinjauan Di SMK Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar sekolah.Tiga persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran. Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar , Zainudin, Saad, Ahmad Hafizi
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11216/1/Faktor.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11216/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku merokok di kalangan pelajar sekolah.Tiga persoalan utama yang dikaji iaitu faktor rakan sebaya, faktor keluarga dan faktor persekitaran. Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima yang terdiri daripada murid lelaki dan perempuan di SMK Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor. Responden kajian ini terbatas kepada pelajar yang dikenal pasti dan mempunyai rekod pernah ditangkap atas kesalahan merokok oleh guru disiplin sekolah. Kajian ini berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan bantuan perisian SPSS Versi 13.5 for Windows (Statistical Package For The Social Sciences) bagi mendapatkan hasil kekerapan, peratus dan min. Daripada 3 persoalan tersebut didapati nilai min keseluruhan adalah sederhana. Keputusan kajian keseluruhan mendapati faktor persekitaran adalah faktor yang lebih kuat dalam mempengaruhi pelajar merokok berbanding dengan faktor keluarga dan faktor rakan sebaya. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan.