Tinjauan Terhadap Faktor-Faktor Yang Memberi Motivasi Kepada Kreativiti Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Enam Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru

Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran matapelajaran Kemahiran Hidup berdasarkan 3 faktor iaitu intrinsik, ekstrinsik dan persekitaran. Sampel kajian terdiri daripada 46 orang guru yang mengajar matapelaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Said, Mohd. Rizal, Mohd. Taha, Rehan
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11169/1/Tinjauan_Terhadap_Faktor-Faktor_Yang_Memberi_Motivasi_Kepada_Kreativiti_Guru_Dalam_Pengajaran_Mata_Pelajaran_Kemahiran_Hidup_Di_Enam_Buah_Sekolah.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11169/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran matapelajaran Kemahiran Hidup berdasarkan 3 faktor iaitu intrinsik, ekstrinsik dan persekitaran. Sampel kajian terdiri daripada 46 orang guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup daripada 6 buah SMK daerah Johor Bahru. Set soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini. Nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah α = 0.7483. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisisan SPSS v11.5, iaitu Statistical Packages For The Social Science (SPSS) for Windows version 11.5 untuk mendapatkan kekerapan peratusan, dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor intrinsik dengan nilai min tertinggi iaitu 3.71 paling mempengaruhi dalam memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Manakala dua faktor lain yang memberi motivasi kepada kreativiti guru dalam pengajaran matapelajaran Kemahiran Hidup dengan nilai min bagi faktor ekstrinsik ialah 3.69 dan bagi faktor persekitaran dengan nilai min ialah 3.63. Beberapa cadangan dikemukakan bagi melaksanakan kajian lanjutan dilakukan.