Pemantauan prestasi atlet lawan pedang Negeri Johor bagi Sukma 2008 (masa reaksi dan ketangkasan)

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan latihan yang disediakan kepada atlet bagi meningkatkan prestasi mereka dalam pertandingan SUKMA 2008. Elemen yang dikaji adalah ketangkasan dan juga masa reaksi atlet. Dalam kajian-kajian lepas, banyak pengkaji telah mendapat dapatan bahaw...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Omar, Abd. Hafidz, Hashim, Rustam
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/11087/1/Pemantauan_Prestasi_Atlet_Lawan_Pedang_Negeri_Johor_Bagi_Sukma_2008.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/11087/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan latihan yang disediakan kepada atlet bagi meningkatkan prestasi mereka dalam pertandingan SUKMA 2008. Elemen yang dikaji adalah ketangkasan dan juga masa reaksi atlet. Dalam kajian-kajian lepas, banyak pengkaji telah mendapat dapatan bahawa ketangkasan dan juga masa reaksi merupakan elemen yang amat penting yang perlu ada dalam setiap atlet lawan pedang. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap masa reaksi dan juga ketasngkasan atlet lawan pedang negeri Johor dalam persiapan mereka ke kejohanan SUKMA 2008. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi memastikan setiap atlet lawan pedang negeri Johor akan dapat mencapai tahap masa reaksi dan tahap ketangkasan yang secukupnya sebelum mereka turun bertanding. Dalam kajian ini, sampel diambil daripada atlet yang terpilih mewakili negeri Johor di SUKMA 2008 di negeri Terengganu. Seramai 8 orang atlet telah terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan ujian Nelson reaction Test untuk menguji masa reaksi atlet tersebut. Manakala ujian Lateral Change of Direction Test telah digunakan bagi mengkaji ketangkasan atlet lawan pedang negeri Johor yang akan beraksi di SUKMA 2008 di Terengganu nanti. Pengkaji menjalankan ujian pre terlebih dahulu unutuk mengetahui tahap ketangkasan dan tahap masa reaksi atlet pada peringkat permulaan. Bagi meningkatkan ketangkasan atlet pengkaji juga akan mencadangkan satu jenis latihan yang dipanggil tangga tangkas bagi meningkatkan tahap ketangkasan atlet lawan pedang ini. Setelah atlet menjalani latihan ini selama 2 bulan dengan kekerapan sebanyak 3 kali seminggu pengkaji akan menjalani ujian post bagi mengetahui perubahan terhadap tahap masa reaksi dan tahap ketangkasan atlet. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap ketangkasan atlet sebelum dan selepas menjalani latihan tangga tangkas (p=0.04 bagi lelaki,p=0.01 bagi perempuan). Kesimpulan daripada dapatan kajian mendapati bahawa latihan tangga tangkas amatlah sesuai bagi meningkatkan ketangkasan atlet lawan pedang. Cadangan yang ingin diketengahkan di sini adalah latihan tangga tangkas ini dapat diperkenalkan kepada sukan lain yang memerlukan ketangkasan yang tinggi.