Persepsi Pelajar Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan Terhadap Pelaksanaan Program Latihan Industri Fakulti Pendidikan

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan terhadap program latihan industri yang telah mereka jalani. Objektif kajian merangkumi beberapa bahagian, iaitu terhadap kesesuaian tempat latihan industri, penerapan sikap kerja, kesesuaian program di universiti dengan penge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Noor, Norani, Baiman, Lokman
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10981/1/Persepsi_Pelajar_Jabatan_Teknik_Dan_Kejuruteraan_Terhadap_Pelaksanaan.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10981/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan terhadap program latihan industri yang telah mereka jalani. Objektif kajian merangkumi beberapa bahagian, iaitu terhadap kesesuaian tempat latihan industri, penerapan sikap kerja, kesesuaian program di universiti dengan pengetahuan dan kemahiran di tempat latihan industri, penerapan kemahiran generik, dan akhir sekali penilaian latihan industri. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan seramai 69 orang pelajar yang telah menjalani latihan industri daripada kursus Pengajian Teknologi serta Pendidikan di Jabatan Teknik dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian mengandungi sejumlah 41 item. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah 0.7368, dan pengesahan item telah dilakukan bersama-sama dengan pakar yang terlibat. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) For Windows Version 12. Hasil kajian yang diperolehi melalui kajian ini mendapati bahawa soalan-soalan kajian yang diutarakan adalah berada pada tahap kesetujuan yang tinggi kecuali soalan kajian mengenai kesesuaian program di universiti dengan pengetahuan dan kemahiran di tempat latihan industri berada pada tahap sederhana. Soalan kajian yang dikategorikan sebagai berada pada tahap tinggi ialah kesesuaian tempat latihan industri, penerapan sikap kerja, penerapan kemahiran generik dan penilaian latihan industri. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh penyelidik lain dalam penambahbaikan program latihan industri.