Penggunaan Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran (LCMS) Dan Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (WSMS) Dalam Pengurusan Pembelajaran Dan Pentadbiran Di Sekolah Bestari

Kajian ini mengkaji penggunaan Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran (LCMS) dan Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (WSMS) dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari. Kajian ini berbentuk deskriptif melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dengan skala empat mata Li...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yeo, Kee Jiar, Ahmad Shafawi, Ismail Wasi
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10942/1/Penggunaan_Sistem_Pengurusan_Bahan_Pembelajaran__LCMS__Dan_Sistem_Pengurusan_Sekolah_Berasaskan_Web__WSMS__Dalam_Pengurusan_Pembelajaran.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10942/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini mengkaji penggunaan Sistem Pengurusan Bahan Pembelajaran (LCMS) dan Sistem Pengurusan Sekolah Berasaskan Web (WSMS) dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari. Kajian ini berbentuk deskriptif melalui kaedah tinjauan menggunakan soal selidik dengan skala empat mata Likert bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan, persepsi, kesediaan dan kekangan dalam penggunaan LCMS dan WSMS. Soal selidik diedarkan kepada 50 orang responden di dua buah Sekolah Bestari di Kuala Lumpur. Data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Statiscal Package For The Social Sciences (SPSS)” versi 13.0 bagi mendapat frekuensi, peratusan dan min. Sebelum dilakukan kajian sebenar, kajian rintis telah dijalankan dengan nilai alpha yang diperoleh ialah 0.866. Hasil Kajian menunjukkan tahap penggunaan (min=2.94), persepsi (min=2.95), kesediaan (min=2.84) dan kekangan (min=2.31) berada pada paras sederhana dalam penggunaan dan pelaksanaan LCMS dan WSMS dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari. Beberapa cadangan dikemukakan bagi mengoptimumkan penggunaan dalam pengurusan pembelajaran dan pentadbiran di Sekolah Bestari.