Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penyertaan Tuisyen Berbayar Di Taman Universiti, Skudai, Johor.

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap faktor-faktor dalam penglibatan pelajar-pelajar Tingkatan 5 di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan. Kaedah penyelidikan deskriptif yang berbentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 80 responden telah terlibat dalam kajian ini....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Hanim, Kho, Chyntia Mei Ying
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10914/1/Faktor-Faktor_Yang_Mempengaruhi_Penyertaan_Tuisyen.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10914/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap faktor-faktor dalam penglibatan pelajar-pelajar Tingkatan 5 di pusat tuisyen berbayar di luar waktu persekolahan. Kaedah penyelidikan deskriptif yang berbentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 80 responden telah terlibat dalam kajian ini. Maklumat yang dikumpul diperolehi daripada pengedaran soal selidik kepada pelajar. Data dianalisis menggunakan perisian “ Statistical Packages For Social Science” (SPSS) versi 14 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dari hasil analisis data kajian, didapati faktor utama pelajar mengikuti kelas tuisyen berbayar adalah pengaruh rakan sebaya, diikuti dengan faktor ibu bapa dan juga keberkesanan pengajaran guru di sekolah. Sehubungan dengan itu, adalah dicadangkan ibubapa atau penjaga pelajar perlulah memberi perhatian kepada pergaulan anak mereka, di samping itu, mereka juga perlulah menjalin hubungan yang baik dengan pihak sekolah supaya dapat mengikuti perkembangan anak di sekolah, dan golongan guru perlulah berusaha menggunakan strategi pengajaran yang sesuai dengan subjek yang diajar.