Persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap program kitar semula menurut perspektif Islam
Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap program kitar semula menurut perspektif Islam. Fokus kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap program kitar semula, tanggungjawab melaksanak...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/10908/1/Persepsi_Pelajar_Universiti_Teknologi_Malaysia_Terhadap.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/10908/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap program kitar semula menurut perspektif Islam. Fokus kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap program kitar semula, tanggungjawab melaksanakan kitar semula dan kitar semula menurut perspektif Islam. Sampel kajian ini melibatkan 123 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik yang mengandungi empat item berkaitan latar belakang responden dan 36 item soalan berkaitan persoalan kajian. Data yang diperolehi menerusi kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 14.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratus dan min bagi setiap data. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah ? = 0.954. Hasil kajian mendapati kebanyakan responden memberikan persepsi yang positif terhadap program kitar semula. Ini menunjukkan responden sedar tentang kepentingan kitar semula untuk kebaikan masyarakat seluruhnya. Sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu untuk diambil perhatian. |
---|