Tahap penguasaan kemahiran membuat inferens, membuat hipotesis dan mentafsir data dalam kalangan pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Kemahiran Proses Sains (KPS) merupakan satu kemahiran penting dalam mempelajari Sains. KPS membantu pelajar menguasai ilmu Sains dengan lebih baik. Jadi kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) (SP...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sulaiman, Seth, Aziz, Rugayah
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10886/1/Tahap_Penguasaan_Kemahiran_Membuat_Inferens.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10886/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran Proses Sains (KPS) merupakan satu kemahiran penting dalam mempelajari Sains. KPS membantu pelajar menguasai ilmu Sains dengan lebih baik. Jadi kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan pelajar Tahun Empat Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) (SPN) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam kemahiran membuat inferens, membuat hipotesis dan mentafsir data. Responden kajian terdiri daripada 55 orang pelajar Perdana dan pelajar PKPG Tahun Empat SPN UTM. Instrumen kajian dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan Kemahiran Proses Sains (UPTPKPS) yang mengandungi 35 item berbentuk soalan objektif. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Perisian statistical Packages For social science for Windows (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum dan peratusan. Kebolehpercayaan instrumen kajian dengan nilai Alpha Cronbach (?) adalah memuaskan iaitu bernilai .83. Tahap kemahiran proses sains yang dipilih pada keseluruhannya adalah baik dengan min ialah 24.7 dari markah maksimum 35 dan peratusan min sebanyak 70.66%. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap penguasaan pelajar merentasi program pengajian.