Pembangunan dan Analisis Kesahan Modul Pembelajaran ITS bagi Subtopik Kejelasan Bayang-bayang untuk Subjek Sains Tahun Dua

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) penting untuk melahirkan modal insan yang dapat membantu Malaysia mencapai status negara maju. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan modul pembelajaran Into The Shadows (ITS) bagi subtopik Kejelasan Bayang-bayang untuk subjek Sai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad, Abdul Zul Hanizam, Mat Daud, Anis Nazihah, Mohd. Razak, Nur Raihana, Ariffin, Nurul Hazwani, Hasim, Nurhafizah
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris 2023
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/108754/1/NurhafizahHasim2023_DevelopmentandValidityAnalysisoftheITSLearningModule.pdf
http://eprints.utm.my/108754/
http://dx.doi.org/10.37134/jsml.vol11.sp.14.2023
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) penting untuk melahirkan modal insan yang dapat membantu Malaysia mencapai status negara maju. Maka, kajian ini dilaksanakan untuk membangunkan modul pembelajaran Into The Shadows (ITS) bagi subtopik Kejelasan Bayang-bayang untuk subjek Sains Tahun Dua. Modul tersebut dibangunkan berpandukan lima fasa model reka bentuk instruksional ADDIE. Namun, kajian ini hanya memfokuskan fasa pembangunan modul pembelajaran ITS. Modul tersebut mengandungi aktiviti penyiasatan saintifik berasaskan strategi pembelajaran inkuiri berstruktur tentang kejelasan bayang-bayang yang terhasil apabila cahaya melalui tiga jenis bahan yang berbeza bagi menggalakkan penerapan KBKK dalam kalangan murid Tahun Dua. Modul tersebut juga menerapkan elemen merentas kurikulum apabila murid diminta untuk mengaplikasikan teknik garisan selari bagi merekodkan bayang-bayang yang terhasil. Kesahan modul tersebut telah dinilai oleh tiga orang pakar. Analisis kesahan menunjukkan modul pembelajaran ITS mempunyai nilai kesahan muka dan kesahan kandungan yang tinggi iaitu 95% and 100%. Modul pembelajaran ITS yang dibangunkan diharapkan dapat menerapkan KBKK dalam kalangan murid Tahun Dua