Persepsi Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Terhadap Amalan Seks Bebas

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap amalan seks bebas dalam kalangan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti pandangan pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah seks beba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Yusof, Farahwahida, Sugiman, Norazila
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10854/1/Persepsi_Pelajar_Institut_Pengajian_Tinggi_Awam_Terhadap_Amalan_Seks_Bebas.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10854/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar terhadap amalan seks bebas dalam kalangan pelajar tahun empat Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti pandangan pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar IPTA serta faktor-faktor yang mendorong berlakunya masalah seks bebas. Populasi kajian adalah seramai 482 orang pelajar dari 14 kursus dan sampel dalam kajian ini merupakan keseluruhan populasi. Walau bagaimanapun, hanya 427 set soalselidik dapat dianalisis kerana 55 set tidak dikembalikan. Set soal selidik mengandungi 37 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS). Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = 0.85. Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap amalan seks bebas adalah tinggi dengan nilai min 4.69. Manakala min bagi persepsi pelajar terhadap langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah seks bebas yang berlaku dalam kalangan pelajar IPTA pula adalah sederhana iaitu 3.34. Sementara faktor utama berlakunya amalan seks bebas dalam kalangan pelajar IPTA ialah media massa dengan nilai min 3.96.