Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) Bagi Autocad 2d

Pembangunan modul kendiri yang terdapat di pasaran pada masa kini banyak membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu topik secara sendiri. Selain itu, penggunaan modul pembelajaran kendiri adalah salah satu cara untuk membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Justeru itu, peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sidek, Rosnizammuddin Shah, Wan Abdul Rahman, Wan Mansor
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10756/1/MODUL_PEMBELAJARAN_KENDIRI.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10756/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan modul kendiri yang terdapat di pasaran pada masa kini banyak membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu topik secara sendiri. Selain itu, penggunaan modul pembelajaran kendiri adalah salah satu cara untuk membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Justeru itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan modul pembelajaran kendiri bagi topik Autocad 2D. Modul ini dibina berdasarkan silibus subjek Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Modul ini menggunakan pendekatan penerangan langkah demi langkah serta berasaskan Teori Beban Kognitif. Pembinaan topik bagi modul ini adalah berdasarkan kepada perisian Autocad 2D sepenuhnya. Penilaian formatif dilaksanakan pada setiap fasa pembangunan bersama penyelia untuk memastikan modul pembelajaran yang dibangunkan menepati objektif dan sasaran pembinaannya. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran ini diharap dapat membantu para pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan pelajar di sekolah dalam mempelajari dan menguasai penggunaan Autocad 2D dengan lebih jelas dan mudah.