Hubungan Trait Personaliti Dengan Pemilihan Kursus Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Elektrik

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji hubungan trait personaliti dengan pemilihan kursus di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Kajian ini menggunakan rekabentuk kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Ghani , Faizah, Ahmad, Siti Noorazzura
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10722/1/Hubungan_Trait_Personaliti_Dengan_Pemilihan_Kursus_Di_Kalangan_Pelajar_Sarjana_Muda_Teknologi_Serta_Pendidikan_Elektrik.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10722/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan bagi mengkaji hubungan trait personaliti dengan pemilihan kursus di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai. Kajian ini menggunakan rekabentuk kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 39 responden telah dipilih menggunakan persampelan purposif atau bertujuan. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi mendapatkan trait personaliti responden, manakala Indeks Kongruen Iachan digunakan bagi mendapatkan darjah kekongruenan trait personaliti. Soal selidik Norlia Melawi (2000) yang mempunyai nilai Croanbach Alpha 0.7082 digunakan untuk mendapatkan faktor pemilihan kursus di kalangan responden. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) V15.0.1 for Windows. Analisis data secara deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kursus responden adalah faktor persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan trait personaliti utama keseluruhan responden adalah RSE. Selain itu dapatan kajian menunjukkan 46.2% daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai tahap padanan yang lemah berdasarkan Indeks Kongruen Iachan. Analisis inferensi kolerasi Pearson ‘r’ digunakan bagi melihat hubungan di antara darjah kongruen trait personaliti responden dengan faktor pemilihan kursus responden. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen trait personaliti responden dengan faktor minat, keluarga, ganjaran dan persekitaran.