Diagnosis Penguasaan Dan Kesalahan Lazim Dalam Tajuk Pembezaan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru

Kajian ini bertujuan untuk mendiagnosis penguasaan pelajar dalam tajuk Pembezaan dan mengenalpasti kesalahan lazim yang kerap dilakukan oleh pelajar. Penguasaan pelajar terhadap konsep dan kaedah Pembezaan dilakukan berdasarkan kepada model Skemp (1987). Menurut model Skemp, diagnosis terhadap pengu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kailani, Ismail, Ismail @ Nawi, Ruslina
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10677/1/Diagnosis_Penguasaan_Dan_Kesalahan_Lazim_Dalam_Tajuk_Pembezaan_Di_Kalangan_Pelajar_Sekolah_Menengah_Di_Daerah_Johor_Bahru.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10677/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mendiagnosis penguasaan pelajar dalam tajuk Pembezaan dan mengenalpasti kesalahan lazim yang kerap dilakukan oleh pelajar. Penguasaan pelajar terhadap konsep dan kaedah Pembezaan dilakukan berdasarkan kepada model Skemp (1987). Menurut model Skemp, diagnosis terhadap penguasaan konsep dan kaedah dalam matematik melibatkan 3 jenis kefahaman, iaitu kefahaman instrumental, kefahaman relasional dan kefahaman logik. Manakala bagi penguasaan pelajar terhadap penyelesaian masalah dibuat mengikut model Polya (1957) yang menggariskan 4 fasa penyelesaian masalah iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak jawapan. Sementara itu, bagi analisis untuk kesalahan lazim, kajian ini menggunakan analisis kesalahan Newman. Menurut Newman, kesalahan lazim yang kerap dilakukan pelajar boleh dikelompokkan ke dalam 5 jenis kesalahan, iaitu kesalahan pemahaman, kesalahan pengertian, kesalahan transformasi, kesalahan memproses dan kesalahan kecuaian. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 60 orang pelajar tingkatan 5 yang dipilih secara rawak berkumpulan. daripada dua buah sekolah disekitar daerah Johor Bahru. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set ujian diagnostik.yang mengandungi 7 soalan subjektif. Analisis data dibuat secara kualitatif berdasarkan jawapan bertulis responden. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tidak dapat menguasai tajuk Pembezaan sepenuhnya. Mereka juga didapati melakukan kesalahan lazim yang sama yang mana boleh dikategorikan kepada tiga jenis kesalahan lazim, iaitu Kesalahan cuai (KC), Kesalahan Sistematik (KS) dan Kesalahan Rawak (KR). Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar beberapa cadangan pemulihan telah dikemukan.