Kajian kes: tahap kreativiti bakal guru menggunakan seni grafik di kalangan pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kreativiti dan kesedaran bakal guru dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan seni grafik di kalangan pelajar tahun akhir dari Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jumlah responden yang terlibat serama...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Md Salleh , Shaharuddin, Salim Pakheri, Roslinda@Syaida
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10646/1/Kajian_Kes.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10646/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kreativiti dan kesedaran bakal guru dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan seni grafik di kalangan pelajar tahun akhir dari Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Jumlah responden yang terlibat seramai 68 orang bakal guru iaitu 25 orang pelajar lelaki dan 43 orang pelajar perempuan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diubahsuai berdasarkan Ujian Pemikiran Kreatif Guilford dan Torrance untuk menguji dua kriteria sahaja iaitu keaslian dan kefasihan. Data yang diperolehi disemak dan pemarkahan diberikan berdasarkan skema yang dicadangkan oleh Guilford dan Torrance seterusnya dianalisis mengunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya bakal guru tahun akhir dari Jabatan Multimedia di fakulti pendidikan mempunyai pemikiran tidak kreatif iaitu sebanyak 85.10% daripada keseluruhan responden. Statistik deskriptif seperti min, kekerapan dan peratusan juga menunjukkan tahap kesedaran bakal guru terhadap kepentingan grafik dalam penyampaian maklumat adalah tinggi (min =4.376). Di samping itu, keputusan kajian juga menunjukkan bakal guru mempunyai masalah dari segi kemudahan komputer untuk menyediakan bahan berbentuk grafik. Selain itu, bakal guru juga berpendapat penggunaan grafik memerlukan pengetahuan khusus untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Usaha-usaha perlu dilakukan untuk memastikan bakal guru dapat menjadi seorang pendidik yang berfikiran kreatif bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran kreatif.