Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Matematik Di Daerah Kota Star, Kedah

Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan komputer di kalangan guru-guru dalam pengajaran mata pelajaran matematik. Sampel kajian terdiri daripada 183 orang guru yang mengajar mata pelajaran matematik di sekolah menengah sekitar daerah Kota Star, Kedah yang dipilih secara rawak. Data diku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Idris, Abdul Razak, Chan, Daniel
Format: Article
Language:English
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/10642/1/PENGGUNAAN_KOMPUTER_DI_KALANGAN_GURU_DALAM_PENGAJARAN.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/10642/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan komputer di kalangan guru-guru dalam pengajaran mata pelajaran matematik. Sampel kajian terdiri daripada 183 orang guru yang mengajar mata pelajaran matematik di sekolah menengah sekitar daerah Kota Star, Kedah yang dipilih secara rawak. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Nilai alpha yang diperolehi melalui kajian rintis ialah 0.84. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar Matematik tentang persepsi, pengetahuan dan sikap mereka terhadap pengajaran Matematik berbantukan komputer. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik. Para guru juga berpengetahuan serta berminat untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan komputer dalam pengajaran Matematik berdasarkan dapatan kajian.